Makanan tokek

Makanan cicak tokek adalah pelbagai jenis serangga, cicak yang kecil, tikus kecil, dan juga burung kecil!

Selalunya tokek makan cengkerik. Kalau membela, perlu bagi makan secara teratur agar tokek kenyang! Di tempat saya, 25 ekor cengkerik dijual dengan harga RM1 sahaja.

Ada juga boleh memberi makan telur putih yg telah dimasak. Juga boleh bagi makan cengkerik yang telah minum air vitamin. Ini dikatakan dapat menambah selera tokek dan menambah berat badan cicak tokek dengan cepat.

Jangan beri makanan atau haiwan beracun kerana dikhuatiri cicak tokek boleh mati. Adapun cicak tokek boleh hidup dengan memakan hampir kesemua serangga kecil di hutan kecuali binatang beracun seperti lipan, dan juga labah-labah.

No comments:

Post a Comment


Nak beli cicak tokek/pokke? Hubungi saya