Apa itu cicak tokek


Tokek
adalah nama umum bagi "cicak besar". Ia tergolong dalam keluarga Gekkonidae

Tokek kerap dijumpai di pohon pokok, di dinding rumah. Lazimnya lokasi berhampiran hutan dan sungai menjadi tempat kegemaran cicak tokek ini. Tidak sukar untuk melihat cicak tokek ini, di kampung kita mesti selalu jumpa. Orang panggil Pokke atau cicak hutan.

Cicak tokek mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya, "tokkke...tokkkeee.."

Makanan cicak tokek adalah pelbagai jenis serangga, cicak yang kecil, tikus kecil, dan juga burung kecil!

Tokek keluar mencari makanan di malam hari, seperti cicak di rumah kita. Dan berehat di siang hari. Tempat persembunyian tokek selalunya di lubang-lubang kayu, lubang batu, atau di dalam bumbung rumah.

Tokek bertelur dengan melekatkan telur tersebut pada celah-celah pokok, pada batu, atau dalam rumah (dinding). Telurnya akan dijaga oleh tokek dewasa. Sebab itu, mudah untuk menjumpai cicak tokek dewasa apabila anda menjumpai bekas telur/telur cicak tokek tersebut.

Cicak tokek mudah didapati di India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan juga Filipina.

Galeri Cicak Tokek






































Anatomi Cicak Tokek



Cara Menangkap Tokek

Terdapat pelbagai cara untuk menangkap tokek. Tidak digalakkan menangkap dengan tangan, dikhuatiri tokek akan menggigit! Awas, gigitan tokek sangat kuat dan kukunya sangat tajam. Tapi usah risau, anda tidak akan mati jika digigit tokek. Bahayanya cuma bila digigit, dia takkan lepas. Hehe

Gunakan cara selamat untuk menangkap tokek:

1.Umpan tokek dengan bulu.

Jika anda menjumpai tokek di celah lubang, umpan tokek dengan bulu-bulu kecil. Sebab tokek mungkin sangka bulu itu serangga! Oleh itu dia akan keluar menangkap bulu tersebut. Bila dia keluar, terus kita tangkap tokek dengan alatan seperti penjerut. Boleh guna tali tangsi untuk menjerut tokek.

2.Tokek mabuk dengan tembakau

Mudah saja, ambil rokok dan diikatkan pada sebatang kayu. Lalu hulurkan rokok tadi pada mulut tokek. Saya pasti dia akan mabuk (tokek alah pada tembakau). Bila dia mabuk, anda boleh terus tangkap guna penjaut (sauk) atau guna tangan pun boleh. Tokek tak bahaya!

3.Guna sauk/penjaut

Jika tak mahu guna cara di atas, anda bole hanya guna sauk/penjaut untuk menangkap tokek. Hanya tarik tokek dari tempat persembunyiannya dengan menggunakan kayu pendek. Bila dia keluar atau gigit kayu tadi, terus tarik tokek ke dalam sauk kita. Mudah je kalau guna cara ni. hehe

Makanan tokek

Makanan cicak tokek adalah pelbagai jenis serangga, cicak yang kecil, tikus kecil, dan juga burung kecil!

Selalunya tokek makan cengkerik. Kalau membela, perlu bagi makan secara teratur agar tokek kenyang! Di tempat saya, 25 ekor cengkerik dijual dengan harga RM1 sahaja.

Ada juga boleh memberi makan telur putih yg telah dimasak. Juga boleh bagi makan cengkerik yang telah minum air vitamin. Ini dikatakan dapat menambah selera tokek dan menambah berat badan cicak tokek dengan cepat.

Jangan beri makanan atau haiwan beracun kerana dikhuatiri cicak tokek boleh mati. Adapun cicak tokek boleh hidup dengan memakan hampir kesemua serangga kecil di hutan kecuali binatang beracun seperti lipan, dan juga labah-labah.

Nak beli cicak tokek/pokke? Hubungi saya